Babyku….

September 1st, 2007 by lyana-um

Sekarang kandungan aku dah berusia 9 minggu 5 hari…Isnin depan genaplah 10 minggu..aku dah tak sabar2 nak habiskan trimester pertama ni…minggu ke 12…tak sabar nak tinggalkan zaman morning sickness ni..tak sabar nak hilangkan kerisauan dan keberangkalian keguguran pada trimester pertama ni…

Loya2 tu ade lah..muntah2 baru 2/3 kali jek..tapi terseksa gak r..he3…cume leh sabar jek..demi anakku..he3….Ya Allah..Mudah2an aku selamat melahirkan bayiku ini…

Puan Mely dan Encik Adam…

August 14th, 2007 by lyana-um

LAme sgt2 dah tak menulis kat blog nie..skarg ni aku bz skit ngan kelas..life now getting harder..hu3…skrg ni aku dah start morning sickness..muntah…tu yg paling aku takut….kalo staket pening kepala ok lagi…hari ni hubby aku pujuk jgn ikutkan perasaan sgt (sbb dah lame tak masak…takleh tgk dapur)..aku pon kuatkan semangat nak masuk dapur tu…ha3…mayb abg rindu ngan masakan aku kot…

Bulan ni memang sgt mencabar bagi kami…1st plug kat umah aku takleh guna..kat ruang tamu jek leh…dalam bilik pun takleh…so kenelah panggil technician…pastu pagi tadi lak..moto aku rosak..dahlah aku sorang jek time tu..aku ape lagi..call lah hubby aku…ni lah gunanya ade suami…abg pun datang r dari tempat keje…semata2 nak menolak moto tu…adelah dalam 3km nak mencari kedai moto..sampai kejang perot aku berjalan…rase nak muntah aku tros makan asam (dah standby dalam beg)…rupenye enjin moto aku tu dah terok sgt dah…kesian abg..

Abang kata ujung bulan ni nak beli kete…tak tau jadi ke tak..tapi memang kane beli tahun nie lah..sbb perot aku ni makin lame makin besar..takkan nak naik moto lagi…tapi kalo kau nak bawak kete kene amik lesen dulu lah kan…mayb nanti abg akan hantar n amik aku kat UM…hu3…nasib baik r dapat suami yang penyabar…kalau tak…?..huhuhu…bersyukur sgt2..

Balik dari hantar moto kat workshop tu, abg memang penat giler r…bayangkan tolak moto sejauh 3km..tak ke haru..pengsan lah die…aku pun pengsan gak r..nasib baik org kat tempat keje abg bagi cuti…

Keseronokan dan kebahagiaan semasa mengandung tetap terasa walaupun kene morning sickness..hubby aku lagi r..walaupun baby dalam perot aku ni kecik lagi..abg dah ajak berbual dah…ha3… seronok r…cam kelakar2 jek…ni blom perot aku besar lagi…blom ade tangan2 kecik atau tapak kaki bergerak2 dan menendang2 kat perot aku…Ya Allah..Selamatkanlah bayiku dan berilah kesihatan yang baik kepadanya…Amin..Anak ibu cepatlah membesar…

kehidupan yang lebih bermakna

March 24th, 2007 by lyana-um

aku berlari ke langit

mengejar impian…

tapi terkandas di dada awan

lalu jatuh dalam penghidupan

dan ketika aku jatuh

satu pengharapan menyambutku

memberi aku kekuatan baru…

dan kini…

kekuatan aku ada padaku

kebahagian dan mimpi yang kucari dulu

rupanya ada disini

ada padanya…

terima kasih kepada sebuah pengharapan

yang menyedarkan

aku, insan kamil di sisi Tuhan…..

my wedding….

December 20th, 2006 by lyana-um

kepade kawan2….

aku akan nikah 24 dec 06 nie kat kg aku…

tapi sorry tak dapat nak jemput…

tapi mase aku bersanding insyaallah bulan 6 nanti aku jemput k…

insyaallah…

ahaks….

plz pray 4 my happiness k

kau beri rasa yang berbeza…mungkinku salah…mengertikannya….

April 13th, 2006 by lyana-um

hensetku ilang…uhuks…sedih betul..ni dah masuk kali kedua hensetku ilang..sape yang curi tue..kalo die gune aku nye henset..biar die sakit tekak n telinga seminggu.ataupun..kene penyakit kaki tangan dan mulut..uhuks..masalahnye…henset tue kat kelab..pun ilang gak ke? tensen betul. huuhuhuh…

di suatu malam yang hening…

April 10th, 2006 by lyana-um

di suatu malam yang hening..di kala aku sendiri di hadapan pc ini..yang terdengar hanyalah hentakan2 jari2ku pada keyboard nie dan bunyi cpu yang cam nak meletup nie.. hari ini..tak banyak yang aku buat..lepak2 jek..tak study..kenape lah malas sangat…tapi aku akan study jap lagi…ahaks…semalam aku call ayah…sbb nak cakap ngan shashaPicture5thumb ..adik aku yang sekolah teknik sri iskandar tue… semalam (9 April) bufday die yang ke 16…ahaks..dah besar adik aku…pastu…aku call mamat15189285137755s  pulak..adik aku yang dah keje jadi tentera darat tue..skrang die dah kene posting kat sg.Besi..beshlah..sbb at least die dekat ngan aku…rindu sangt nak jumpe adik2 aku…kali terakhir aku jumpe diorang mase raye puase..same gak ngan ayanh n ibu aku n adik2 aku yang lain…rindunya pada family aku..sejak mak meninggal..kami adik beradik dah berpecah pulak..skarang aku kat UM…mamat kat sg.Besi..shasha kat Bota, Perak..Dell Picture13thumb ngan ayah..kat sitiawan n shikin of cos r ngan paklong…sem nie kene naikkan pointer…so sem depan leh amik >jam kredit…aku mesti abis blaja cepat..sbb aku nak sara adik2 aku..nak bele diorang sendri..huhuhu….rindu kat ayah ngah idu..ngan adik aimanPicture17_1thumb ..RINDUNYA KAT ADIK2 AKU…RINDUNYA KAT ARWAH MAK!!!!!! Ya Allah…Lindungilah mereka di dalam keberkatanMu…Amin….

..:: Mencintai Orang Yang Special… ::..

March 28th, 2006 by lyana-um

..:: Mencintai Orang Yang Special… ::..

Sangatlah menyakitkan mencintai seseorang tetapi tidak dicintai olehnya. Tetapi lebih indah untuk mencintai dan tidak pernah menemukan keberanian untuk memberitahu mereka apa yg kamu rasakan.

Hanya perlu satu menit untuk menghancurkan seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk mencintai seseorang, tetapi membutuhkan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Cinta adalah ketika kamu membawa perasaan, kesabaran,dan roomantis dalam suatu hubungan dan menemukan bahwa kamu peduli dengan dia.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka, tetapi kadang-kadang kita menatap terlalu lama pada pintu yang telah tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka untuk kita.

Teman yang terbaik adalah teman dimana kamu dapat duduk bersamanya dan merasa terbuai, dan tidak pernah mengatakan apa-apa dan kemudian berjalan bersama. Perasaan itu adalah percakapan termanis yg pernah kamu rasakan.

Benarlah bahwa kita tidak tahu apa yang kita dapatkan sampai kita kehilangan itu?? tetapi benar juga bahwa kita tidak tahu apa yang hilang sampai itu ada.

Memberikan seseorang semua cintamu tidak pernah menjamin bahwa mereka akan mencintai kamu juga!!! Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai itu tumbuh di dalam hati mereka. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh di dalam hatimu.

kenali personaliti anda

March 14th, 2006 by lyana-um

Marilah sama-sama kita mencubanya !

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.
Contoh: 12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
————————————————————————————————
1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru. Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
————————————————————————————————
2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat. Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar ntuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
————————————————————————————————
3. Ceria
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik. Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.Mereka sangat popular dan idealistik.Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
————————————————————————————————
4. Konsevatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional. Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
————————————————————————————————
5. Perintis
Mereka adalah perintis. Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan. ——
————————————————————————————————
6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. Mereka suka seni musik. Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
————————————————————————————————
7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka sangat suka berahsia. Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
————————————————————————————————
8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah. Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
————————————————————————————————
9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mereka sangat penyayang dan pemurah.Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

je erkk..ade lagi..

March 5th, 2006 by lyana-um

JANUARI

* BERCITA-CITA TINGGI & ORANGNYA SERIUS
* SUKA MENDIDIK & DIDIDIK
* MUDAH MELIHAT KELEMAHAN ORG LAIN (MENGKRITIK)
* RAJIN & SETIAP YG DIBUAT NAMPAK KEUNTUNGANNYA
* SUKA KEADAAN @ SUASANA YG KEMAS & TERATUR
* SENSITIF & PEMALU
* BERFIKIRAN MENDALAM
* PANDAI MENGAMBIL HATI ORG LAIN
* PENDIAM KECUALI SETELAH DIRANGSANG
* MEMPUNYAI DAYA TUMPUAN YG TINGGI
* MUDAH MENDISIPLINKAN DIRI SENDIRI
* BADANNYA SIHAT TTP MUDAH DISERANG SELESEMA
* ROMANTIK TTP TDK PANDAI MEMPAMERKANNYA
* CUKUP SYG PD KANAK-KANAK
* SUKA DUDUK RUMAH
* SETIA PD SEGALA-GALANYA
* PERLU BELAJAR KEMAHIRAN SOSIAL
* SGT CEMBURU

FEBUARI

* BERFIKIRAN ABSTRAK
* SUKAKAN SESUATU YG REALITI & ABSTRAK
* PERSONALITI YG MUDAH BERUBAH
* MUDAH MENAWAN ORG LAIN
* BIJAK, PENDIAM, PEMALU & RENDAH DIRI
* JUJUR & SETIA PD SEGALA-GALANYA
* KERAS HATI TERUTAMA UTK MENCAPAI MATLAMAT
* TDK SUKA DIKONGKONG & SUKA BERANGAN
* MUDAH MEMBERONTAK APABILA DIKONGKONG
* SUKA KEGIATAN YG LASAK
* EMOSI MUDAH TERUSIK (SENSITIF)
* MUDAH MEMPAMERKAN MARAHNYA
* TDK SUKA BENDA YG REMEH-TEMEH
* SUKA BERKAWAN TP KURANG MEMPAMERKANNYA
* SANGAT BERANI & SUKA MEMBERONTAK
* BERCITA-CITA TINGGI & ADA HARAPAN UTK MEREALISASIKAN IMPIANNYA
* SUKA HIBURAN, SUKAN & BENDA YG BERSIFAT SENI
* SGT ROMANTIK PD DALAMAN TTP TDK PD LUARAN
* CENDERUNG PD BENDA-BENDA TAHYUL
* MUDAH & BLH MENJADI TERLALU BOROS
* PERLU BELAJAR UTK MEMPAMERKAN EMOSI

MAC

* PERSONALITI YG MENARIK & MENAWAN
* MUDAH DIDAMPINGI
* SGT PEMALU & PEMENDAM RASA
* BAIK SECARA SEMULAJADI, JUJUR, PEMURAH & MUDAH SIMPATI
* SGT SENSITIF PD PERKATAAN YG DITUTURKAN & ALAM SEKITAR
* SGT PEKA KPD ORG LAIN & SUKAKAN KEDAMAIAN
* SESUAI DGN KERJAYA YG MEMBERI KHIMAT KPD ORG LAIN
* TDK CPT MARAH & SANGAT AMANAH
* TAHU KENANG & BALAS BUDI
* PEMERHATIAN DAN PENILAIAN YG SANGAT TAJAM
* KECENDURANGAN UTK BERDENDAM JIKA TDK DIKAWAL
* SUKA BERANGAN & MELANCONG
* SGT MANJA & SUKA DIBERI PERHATIAN
* KELAM KABUT TERUTAMA DLM MEMILIH PASANGAN
* SUKA DGN HIASAN RUMAH
* PUNYAI BAKAT DLM BIDANG MUZIK
* KECENDERUNGAN KPD BENDA YG ISTIMEWA & BAIK
* JGN TERLALU MOODY

APRIL

* SGT AKTIF & DINAMIK
* CPT BUAT KEPUTUSAN TTP CPT MENYESAL
* SGT MENARIK & PANDAI MEMANJAKAN DIRI
* PUNYAI DAYA MENTAL YG SANGAT KUAT
* SUKA DIBERI PERHATIAN
* PANDAI MEMUJUK, BERKAWAN & MENYELESAIKAN MASALAH ORG
* SGT BERANI & TIADA PERASAN TAKUT
* SUKAKAN SESUATU YG ADVENTURE
* PENGASIH, PENYAYANG, SOPAN SANTUN & PEMURAH
* EMOSI CPT TERUSIK (SENSITIF)
* KECENDERUNGAN BERSIFAT DENDAM
* AGRESIF, KELAM KABUT TERUTAMA DLM MEMBUAT KEPUTUSAN
* GERAK HATI & DAYA INGATAN YG SANGAT KUAT
* PANDAI MENDORONG DIRI SENDIRI & ORG LAIN
* BERPENYAKIT DISEKITAR LEHER & DADA
* SGT CEMBURU & TERLALU CEMBURU
* TRY TO CONTROL THE EMOTION

MEI

* KERAS HATI & DEGIL
* KUAT SEMANGAT & BERMOTIVASI TINGGI
* BERPEMIKIRAN TAJAM
* MUDAH MARAH APABILA TDK DIKAWAL
* PANDAI MENARIK HATI & PERHATIAN ORG LAIN
* CANTIK DR SEGI FIZIKAL & MENTAL
* TDK PERLU DIMOTIVASIKAN
* TETAP PENDIRIAN TTP MUDAH DIPENGARUHI ORG LAIN
* MUDAH DIPUJUK
* BERSIKAP SISTEMATIK (OTAK KIRI)
* SUKA BERANGAN
* KUAT DAYA FIRASAT & MEMAHAMI APA YG TERLINTAS DIHATI ORG LAIN TANPA DIBERITAHU
* BAHAGIAN TELINGA & LEHER MUDAH DISERANG PENYAKIT
* DAYA KHAYALAN YG TINGGI
* PANDAI BERDEBAT
* FIZIKAL YG BAIK
* MEMPUNYAI KELEMAHAN PD SISTEM PERNAFASAN
* SUKA SASTERA, SENI, MUZIK & MELANCONG
* TDK BERAPA SUKA DUDUK RUMAH
* TDK BOLEH DUDUK DIAM
* TDK PUNYA RAMAI ANAK
* RAJIN & BERSEMANGAT TINGGI
* AGAK BOROS

JUN

* BERFIKIRAN JAUH & BERWAWASAN
* MUDAH DITAWAN KRN SIFAT BAIK
* BERSIFAT LEMAH LEMBUT
* MUDAH BERUBAH SIKAP, PERANGAI, IDEA @ MOOD
* IDEA YG TERLALU BYK DI KEPALA
* SENSITIF & MUDAH KECIL HATI
* OTAKNYA AKTIF KRN MUDAH BERFIKIR
* SUKAR MELAKUKAN SESUATU DGN SEGERA
* BERSIKAP TERLALU MEMILIH & MAHUKAN YG TERBAIK
* CPT MARAH & CPT SEJUK
* SUKA BERDEBAT & BERGURAU
* OTAKNYA CERGAS BERANGAN
* MUDAH BERKAWAN & PANDAI BERKAWAN
* SGT TERTIB & SUKA BERKEMAS
* PANDAI MEMPAMERKAN SIKAP
* MUDAH DIJANGKITI SELESEMA
* CPT RASA BOSAN
* SIKAP TERLALU MEMILIH & CEREWET
* KURANG MEMPAMERKAN PERASAN
* LAMBAT SEMBUH APABILA HATINYA TERLUKA
* SUKAKAN BARANGAN YG BERJENAMA
* MUDAH MENJADI EKSEKUTIF
* KEDEGILAN YG TDK TERKAWAL
* SESIAPA YG MEMUJI ADALAH MUSUH SY, TTP SESIAPA YG MENEGUR
ADALAH KAWAN SY

JULAI

* SGT SERONOK DIDAMPINGI
* BYK BERAHSIA & SUKAR DIMENGERTI TERUTAMANYA LELAKI
* AGAK PENDIAM KECUALI DIRANGSANG
* TDK SUKA MENYUSAHKAN ORG LAIN TP TDK MARAH APABILA DISUSAHKAN
* MUDAH DIPUJUK & BERCKP LURUS
* SGT MENJAGA HATI ORG LAIN
* PERAMAH & BERJIWA SENTIMENTAL
* EMOSI SGT MENDALAM TP MUDAH TERLUKA HATINYA
* JARANG BERDENDAM
* MUDAH MEMAAFKAN TP SUKAR MELUPAKAN
* TDK SUKA BENDA REMEH-TEMEH
* MEMBIMBING CARA FIZIKAL & MENTAL
* SGT PEKA, CARING & PENYAYANG
* LAYANAN YG SERUPA KPD SEMUA ORG
* TINGGI DAYA SIMPATI
* PEMERHATIAN YG TAJAM
* SUKA MENILAI ORG DR PEMERHATIAN
* MUDAH & RAJIN BELAJAR
* SUKA MUHASABAH & MENDIAMKAN DIRI
* SUKA MENGENANG PERISTIWA @ KAWAN LAMA
* SUKA DUDUK RUMAH
* SUKA TUNGGU KAWAN TP TDK CARI KAWAN
* TDK AGRESIF KECUALI DIPAKSA
* LEMAH DR SEGI KESIHATAN PERUT
* MUDAH GEMUK APABILA TDK KAWAL DIET
* MINTA DISAYANGI
* MUDAH TERLUKA HATI & LAMBAT PULIH
* RAJIN DLM MEMBUAT KERJA

OGOS

* SUKA BERGURAU
* MUDAH TERTAWAN KPDNYA
* SOPAN SANTUN & CARING TERHDP ORG LAIN
* BERANI & TDK TAHU TAKUT
* ORGNYA AGAK TEGAS & BERSIFAT KEPEMIMPINAN
* PANDAI MEMUJUK ORG LAIN
* TERLALU PEMURAH & BERSIFAT EGO
* NILAI HARGA DIRI YG SGT TINGGI
* DAHAGAKAN PUJIAN
* SEMANGAT JUANG YG LUAR BIASA
* CPT MARAH & MUDAH MENGAMUK
* MUDAH MARAH APABILA CKPNYA DILAWAN
* SGT CEMBURU & BERSIKAP KELAM KABUT
* DAYA PEMERHATIAN YG TAJAM & TINGGI
* CPT BERFIKIR & BERDIKARI
* SUKA MEMIMPIN & DIPIMPIN
* SUKA BERANGAN
* BERBAKAT DLM SENI, HIBURAN & SILAT
* SGT SENSITIF TTP TDK MUDAH MERAJUK
* MUDAH DISERANG PENYAKIT
* PERLU BELAJAR UTK RELAX
* ROMANTIK, PENGASUH & PENYAYANG
* SUKA MENCARI KAWAN

SEPTEMBER

* SGT BERSOPAN SANTUN & BERTOLAK ANSUR
* SGT CERMAT, TELITI & TERATUR
* SUKA MENEGUR KESILAPAN ORG LAIN & MENGKRITIK
* PERLU KAWAL DIRI DR TERLALU MENGKRITIK
* PENDIAM TP PANDAI BERCKP
* SIKAP SGT COOL, BAIK & MUDAH SIMPATI
* SGT PRIHATIN, TEPERINCI, AMANAH, SETIA & JUJUR
* KERJA YG DILAKUKAN SGT SEMPURNA
* SGT SENSITIF YG TDK DIKETAHUI
* ORGNYA BYK BERFIKIR
* SUKA MENCARI MAKLUMAT
* PANDAI MENDORONG DIRI SENDIRI
* MUDAH MEMAHAMI ORG LAIN KRN BYK SIMPAN RAHSIA
* SUKA SUKAN, HIBURAN & MELANCONG
* KURANG MENUNJUKAN @ MEMPAMERKAN PERASANNYA
* TERLALU MEMILIH PASANGAN
* SUKAKAN SESUATU YG LUAS
* BESISTEMATIK

OKTOBER

* SUKA SEMBANG & CPT MARAH
* SUKA ORG YG SYG PDNYA
* SUKA AMBIL JLN TENGAH
* SGT MENAWAN & SOPAN SANTUN
* KECANTIKAN LUAR & DLM
* TDK PANDAI BERBOHONG & BERPURA-PURA
* MUDAH RASA SIMPATI, BAIK & PENTINGKAN KAWAN
* SENTIASA BERKAWAN
* HATINYA MUDAH TERUSIK TTP MERAJUKNYA TAK LAMA
* MCM PENTINGKAN DIRI SENDIRI
* TDK MENOLONG ORG KECUALI DIMINTA
* TDK MENERIMA PANDANGAN ORG LAIN
* SUKA BERANGAN & PANDAI BERCKP
* EMOSI YG AGAK KELAM KABUT
* DAYA FIRASAT YG KUAT TERUTAMANYA PEREMPUAN
* SUKA MELANCONG, SASTERA & SENI
* PENGASIH, PENYAYANG & LEMAH LEMBUT
* ROMANTIK DLM PERCINTAAN
* AMBIL BERAT TERHADAP ORG LAIN
* ADIL & SUKA KEGIATAN LUAR
* BOROS & MUDAH DIPENGARUHI PERSEKITARAN
* EMOSI & HATI MUDAH TERUSIK SERTA CPT CEMBURU
* MUDAH PATAH SEMANGAT

NOVEMBER

* BYK IDEA DLM KEPALA
* SUKAR UTK DIMENGERTIKAN @ DIFAHAMI SIKAPNYA
* BERFIKIRAN TAJAM & KEHADAPAN
* BERFIKIRAN UNIK & BIJAK
* PENUH DGN IDEA-IDEA YG LUAR BIASA
* DAYA FIRASAT YG SGT HALUS & TINGGI
* BAGUS UTK JADI DOKTOR
* CERMAT,TELITI, AMANAH & JUJUR
* PERSONALITI YG MENARIK
* SIFAT YG BERAHSIA & PANDAI MENCUNGKIL RAHSIA
* BYK BERFIKIR, KURANG BERCKP TTP MESRA
* BERANI, PEMURAH, SETIA & BYK KESABARAN
* TERLALU DEGIL & KERAS HATI
* APABILA HENDAK, DIUSAHAKAN SEHINGGA BERJAYA
* TDK SUKA MARAH KECUALI DIGUGAT
* MUDAH AMBIL BERAT TERHDP ORG LAIN
* PANDAI MUHASABAH DIRI
* CARA BERFIKIR LAIN DR YG LAIN
* OTAK YG SGT TAJAM
* PANDAI MENDORONG DIRI SENDIRI
* TDK MENGHARGAI PUJIAN
* KUAT SEMANGAT & APABILA HENDAK SESUATU, CUBA SAMPAI BERJAYA
* DAYA JUANG @ SEMANGAT YG TINGGI
* KASIH SYG & EMOSI YG SGT MENDLM
* ROMANTIK
* TDK PASTI DGN HBG KASIH SYG
* SUKA DUDUK RUMAH
* SGT RAJIN & BERKEMAMPUAN TINGGI
* TDK BERAPA BERJAYA DLM MENGAWAL EMOSI
* PERANGAI TDK DPT DIRAMAL & BERUBAH-UBAH

DISEMBER

* SGT SETIA & PEMURAH
* BERSIKAP PATRIOTIK
* SGT AKTIF DLM PERMAINAN & PERGAULAN
* SIKAP KURANG SABAR & TERGESA-GESA
* BERCITA-CITA TINGGI
* SUKA MENJADI ORG YG BERPENGARUH DLM ORGANISASI
* SERONOK DIDAMPINGI
* SUKA BERCAMPUR DGN ORG
* SUKA DIPUJI, DIBERI PEHATIAN & SUKA DIBELAI
* SGT AMANAH, JUJUR & BERTOLAK ANSUR
* TDK PANDAI BERPURA-PURA
* TDK EGO WALAUPUN MEMPUNYAI HRG DIRI YG TINGGI
* SUKA BERGURAU
* BERFIKIRAN LOGIK

me n my mom

October 11th, 2005 by lyana-um

ntah kenape
tergerak hati nak keluar hostel
mase tu aku pertengahan form 2
adik aku yang bongsu kecik lagi
lebih kurang 3 tahun ++
tetiba berita sedih menimpa keluarga aku
mak aku yang sememangnyee sakit
ditimpa dugaan yang maha berat baginya
KANSER!!!
dah selepas menjalani pembedahan…kimoterapi n radioterapi
keadaan mak semakin teruk
tak tau r ape yang dr wat
tapi hati seorang anak seperti aku dan adik2 aku
menderita dan sayu melihat kepayahan mak melawan penyakit
ayah aku pulak terpaksa berulang alik dari klang ke jB setiap hari
betapa bertuahnyaa mak mendapat seorang suami seperti ayah
dan aku berdoa, andai kata nasibku same seperti mak
akan ade seseorang yang akan menjaga aku
akhirnya mak dimasukkan ke wad PCU
wad yang memang untuk pesakit kanser yang menunggu maut
aku yang ketika itu form 5 dan tinggal di asrama menjada mak bersama adik aku yang berusia 12 tahun tue
setiap minggu pasti akan ade pesakit yang meninggal
sehinggakan aku n adik aku dah lali
dan tak takut ngan mayat
dah tau jenis2 kanser n tanda2nye
dah kenal dr n nurse n dah tau nak gune peralatan hospital
tapi Allah lebih sayangkan mak
dan doa aku ketika itu
"Ya Allah, cabutlah nyawa ibuku, dan permudahkanlah perjalanannya menemuimu..sesungguhnya aku tidak mahu ibuku terus menderita di dunia ini dan tempatkanlah ibuku disisi mu"
dan yang kami hanya dapat lihat kini hanyalah nisan putih
yang aku kira turut usang dimamah usia hampir 3 tahun ini…
hanya doa n amal ibadat yang dapat kami hulurkan kepada mak
semoga rohnya sentiasa diredhai dan ditempatkan disisi Allah
al-Fatihah untuk arwah makku yang tercinta….