Archive for August, 2005

menyusuri jalan ke kuliah

Tuesday, August 23rd, 2005

Menyusuri jalan-jalan ke kuliah hari ini, aku rasa sangat damai.. pohon2 renek yang minggu lepas masih tidak berdaun kini telah lebat dengan daun2 hijau muda yang pada pandangan aku sangat comel..menarik perhatian aku…tak tau kenapa rase bahagia…tapi ader gak yang tak berdaun lagi…masih bertunas…same macam kita manusia…walaupun pada hakikatnya kita sama..tapi kita ada tahap kematangan sendiri…muahahaha..dan berjalan ke kuliah ini adalah sesuatu yang menyeronokkan..walaupun agak penat..tapi..orang yang tak sambung belajar takkan rase kenikmatan berjalan ke kuliah ini..muahahaha…bejalan camnie leh tengok pelbagai ragam manusia…ader yang berjalan sambil bace buku..berjalan sambil sms..dan tersenyum2…berjalan sambil berbual ngan kengkawan…berjalan sambil mengumpat…hahahaha…aku lak.. slalunyeee aku berjalan seorang diri…merenung alam..dan melihat gelagat org di sekitar aku sambil berangan nak beli moto aper..ahahhahaha….

si tua selepas merdeka

Wednesday, August 17th, 2005

Si tua selepas merdeka

berpijak di bumi bertuah

merasakan sesuatu yang patut dirasa

walaupun hidup tidak lagi dijajah

namun maruah masih terjaja

kedamaian tak pernah teruja.

kekosongan keseorangan dilubuk kesepian

membawa si tua menyingkap sejarah

kedewasaan di medan perang

menerobos setiap penjuru diri

antara takutkan mati

dan cintakan budi

antara merahnya darah

dan kemerdekaan negara.

sesekali si tua berkata

“tidak mahukan cucuku menjadi tentera

menjaga kedaulatan negara”

dan si isteri menjawab

“ini zaman teknologi

tak perlu ramai tentera lagi

biarlah cucu kita

menjadi doktor atau guru yang dicita”

dan si tua redha

jika cucu beralih arah

kerana menjadi apa-apa pun tidak mengapa

selagi masih mengenal rupa

selagi masih mengenal erti merdeka.

kata hipokrit???

Wednesday, August 17th, 2005

hati tak pernah hipokrit dalam menyusun bait-bait kata…yang menjadi bapak dan kepala bagi yang hipokrit itu adalah nafsu…nafsu tak pernah fikirkan apa perasaan orang lain..apa pendapat orang lain…

derita percitaan??

Tuesday, August 16th, 2005

Jika kamu memancing ikan..setelah ikan itu  terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu..janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja..kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.  Begitulah juga setelah kamu memberi banyak  pengharapan kepada seseorang..setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya..janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja..kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu..  Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu  teguh..cukuplah sekadar keperluanmu..Apabila sekali ia retak..tentu sukar untuk dilupakan-ayat dan idea bernas sumbangan dari jbon…

jika kau selam hati ini…pastinya engkau kan mengerti

Tuesday, August 16th, 2005

banyak kehidupan di luar sane yang kite tak tau..mungkin kite tak cukup meng"explore" segalanya…dulu aku juga berada dalam dunia yang berbeza..kehidupan yang berbeza…sebuah kehidupan yang penuh keindahan..penuh kedamaian…penuh kebahagiaan…kehidupan yang pada aku cukup lengkap bagi seorang yang bernama Malyana…tapi kini kehidupan itu dah jadi complicated…atau mungkin aku yang menyerabutkannya dengan tangan ini sendiri…kalau dulu Malyana ini dibelai..dimanja..seperti anak-anak yang lain..walaupun aku akui si kecil Malyana itu nakal dan tak mendengar kata…tapi masih ada kesedaran di dalam perlakuannnya…punya hati dan dapat merasa bila ditinggalkan…si Malyana ini sering terfikir apa akan terjadi kalau ibunya pergi tinggalkannya lantaran si ibu sering berkunjung ke hospital kerana sakitnya yang dideritai sejak mengandungkan Malyana…kesakitan itu aku rasai..aku tangisi..dan aku pasrah apabila suatu hari yang hampir dengan hari-hari besar Malyana, mohd Anwaruddin dan Siti Aisyah…ibunya pergi meningalkan mereka..pergi buat selamanya..takkan kembali…pergi menghadap Ilahi…yang lebih sayangkannya daripada kami…usah ditangisi permergian itu…kerana..ia adalah satu rahmat dari Allah padanya…agar terhapus segala kesakitan yang telah ada dalam diri sejak mengandungkan Malyana..sejak hampir 18 tahun dulu…agar terhapus segala dugaan yang mencabar sejak 42 tahun dulu…agar terhapus segala kenangan sejak 18 tahun dulu bersama kekasihnya…dan pemergian itu..dan kesedihan itu..dan bahagia itu…dan pengorbanan itu..yang telah mendewasakan Malyana dan mereka-mereka yang berbinkan dan berbinti kan Mansor itu..dewasa dengan cara ini aku rase lebih banyak pengalaman..walaupun hidup sememnagnya penuh dengan tekanan…tapi aku bersyukur…sbb masih ada yang menyayangi…masih ada yang mengasihi..kerana itu aku coretkan perasaan ini dengan warna kegemaran..warna yang pada aku lembut…menggambarkan aku..bukan memuji diri..tapi itulah aku..sesuai dengan nama Malyana yang bererti kelembutan…huhuhuhu….kehidupan takkan pernah hidup tanpa sesuatu yang menghidupkannya ….kedewasaan takkan pernah tercapai tanpa sesuatu yang mendewasakan…huhuhuh…walaupun dalam psikologi..kedewasaan itu pasti akan tercapai apabila semua halangan untuk menuju kedewasaan itu telah tercapai… mungkin juga aku telah melepasi tahap itu…kadang-kadang senyum dan tawa itu adalah penawar bagi kesedihan…mungkin ya…sekali-sekala..tapi pada kebanyakan waktu..bagi aku..senyum dan tawa itu..adalah topeng yang menutup kesedihan…adalah handiplast yang menutup luka..adalah faundation dan concealer yang menutup segala cela…hahahhaha…aku berharap dan berdoa agar aku mampu mangharungi semua ini dengan tabah dan suatu hari nanti aku dapat menemui kembali sesuati yang patut aku rasai… sesuatu yang patut aku mengerti..sesuatu yang indah..dalam kehidupan yang bahagia….

kehidupan yang tak dirancang

Tuesday, August 16th, 2005

ketenangan hidup mula tergugat..mula berubah…kehidupan yang kiter rase terancang..mula porak peranda..tak terancang…bersepah!! namun tiada lagi tangisan untuk ditangisi…kerana..dulu..sebelum kehidupan ini…manik2 kesedihan itu bukan lagi gerimis…telah menjadi hujan…aku cuba membina dinding kekuatan…untuk bertahan menghadapi semua musuh, bom atom, jet pemusnah, periuk api dan ntah lain2 senjata yang cuba memusnahkan aku…walaupun dalam diam…akurase aku tak pernah kacau or dengki orang..nape orang dengki kat aku….aper yang aku ader orang lain takde??? kiter same aje…yang membezakan manusia adalah keimanannya…dan aku akui..aku memang lemah..tapi itu bukan bererti aku buta…aku masih mencari nur Nya…jangan menghukum orang sesuka hati..please…

BUKAN MENGUNGKIT TAPI MEMBANGKIT

Monday, August 15th, 2005

SITI NORDIANA-BUKAN MENGUNGKIT TAPI MEMBANGKIT

susah senang biarlah bersama

jangan ada dengki diantara kita

usah pandang pohon yang sebatang

tapi renung hutan yang terbentang

yang merimbun dan juga menghijau

ada makna rahsia tersembunyi

dalam 2 muka dalam atas pagar

kini aku pula sanggup engkau cabar

engkau perdagangkan kasih sayangku selama ini

engkau mengadaikan kerinduan demi kedudukan

bukannya sengajaku mengungkit

tapi kau sengaja yang membangkit

akulah teman dikala sudah

aku lah teman pengubat resah

bukannya sengajaku mengungkit

tapi kau sengaja yang membangkit

akulah tempat engkau mengadu

dan akulah juga yang tertipu

usah pandang pohon yang sebatang

tapi renung hutan yang terbentang

yang merimbun dan juga menghijau

ada makna rahsia tersembunyi

lihat pada rupa

tak mungkin percaya

tersusun gerak geri dan bicara

engkau perdagangkan kasih sayangku selama ini

engkau mengadaikan kerinduan demi kedudukan

untung rugi bukan kutentukan

kumenadah tangan dan terus berdoa

kiter perlu rasainya walau kekadang kiter lupe kiter rasainya

Monday, August 15th, 2005

kiter perlu rasainya walau kekadang kiter lupe kiter rasainya

mmmmm…kehidupan yang tak dapat dijelaskan…complicated…kekadang kite rase diri ini sudah cukup bagus..tapi yang sebenarnya diri inilah yang paling buruk antara yang terburuk.kenapa?? kerana sememangnya kita tak pernah menyedari yang kite merasai sesuatu yang memang patut kiter rasai..dengan lahirnya rasa itu dan kesedaran terhadap rasa itu..ia mampu membawa kita back to da line…tapi…dimana rasa itu dalam diri ini..??? i’m still searching for it even actually it’s already inside me… masih mengejar dalam kegelapan..menanti sinar cahaya menyuluhku…deraian air mata tak cukup untuk membasahkan bibir-bibir kering yang terlupa kebesaran Tuhannya…sembah sujud tak cukup untuk mengembalikan insan pada Tuhannya…yang masih tertinggal dan hilang adalah nur itu.. tak tahu mana perginya…sejauh mana aku merantau dan setinggi mana aku daki..aku masih tak jumpa..dan kini..aku mengharapkan seseorang akan datang memimpin diri ini menjejaki sesuatu yang patut aku rasai itu..dan sesungguhnya apa yang diri ini patut rasai adalah sesuatu yang pernah dirasai dulu namun lenyap atau lari atau entah apa kerana diri ini pernah terlupa yang diri ini merasainya..

siti nurhaliza-lelaki

Monday, August 15th, 2005

SITI NURHALIZA-LELAKI

telah berdiri seorang lelaki…hidup berbekal kecekalan diri..walau menghadapi sejuta cabaran terus bertaut pada kebenaran..berkurun sudah kau merintis jalan..bertahun sudah hasratmu terhalang..tetap bersemarak api keazaman…..bara keramat doa dan harapan..kau melangkah bermula dari lembah..kau mendaki setangga ke setangga..semakin hampir menjejaki puncak… semakin sering kau ditikam onak..namum kerana kau lelaki…derita dapat diselindungi..tangisanmu rasa dihati…kesepianlah oh teman nan sejati..di dalamnya kau mengenal diri..tenang nya wajah matangnya bicara..kerana kau meyakini Tuhanlah yang Maha Esa

seribu bintang-alleycats

Monday, August 15th, 2005

SERIBU BINTANG-ALLEYCATS

Ingin kupergi jauh darimu

Agar kukenal erti rindu ini

Ingin aku menyelami jiwamu

Agar kukenal dirimu kasih

Ingin aku membenci dirimu

Tapi kebencian tiada padaku

Walau apa yang kau sangkakan

Aku tetap cinta padamu

Telah lama kuhidup melara

Telah kugagal dalam bercinta

Kini kau datang dengan seribu bintang

Bintang yang dulu sembunyi

Bintang yang tiada bererti

Kalau kau sudi menyentuhi hatiku

Aku kan selalu dekat padaku

Tapi jangan kau hanya cuba

Untuk mempermainkan cintaku

Jangan permainkan cintaku