4 minggu yang mencabar

March 2nd, 2008 by lyana-um

Lagi 4 minggu ++ jek nak bersalin..aku demam lah pulak..huhuhuh.. selsema lagi..batok2..n kene attack asma lah pulak..huhuhuh… dah 3 hari dah ni.. malam2 tido dah cam ape jek..berbunyi2 jek napas… cian abg kene bangun2 sapukan minyak.. apepun harap2 baby ibu ni sihat lah..cian baby tersepit mase ibu bersin n batok kan… takpe yer cayang…jap jek lagi.. nanti ibu pelok cium baby yer…ayah ngan ibu tak sabo sgt dah nih..kekekee..

esok dah masuk 9 bulan…yeahhh….sonoknyer..means bile2 mase pun leh banak…beg baby ibu dah sediakan..beg ibu jek belom lagi… barang2 anak ibu sume dah ade kecuali bantal..nanti ibu beli yer… stroller ade org dah nak kasi…rezeki anak ibu..car seat nanti baby ibu lahir baru ibu beli yer…tapi tu pun kene tgk bajet lah cayang yer… apepun ibu ngan ayah nak yang terbaik untuk anak ibu nih…. ibu ngan ayah berdoa, anak ibu ni jadilah anak yang soleh, yang mendengar kata… kalo satu hari baby ibu nih bace blog nih..ingatlah pengorbanan ayah dan ibu nak kasi kehidupan pada anak ibu ni….

Another 8 weeks to go….

February 8th, 2008 by lyana-um

Kalo nak ikotkan perkiraan 40 minggu kehamilan..aku ade 8minggu lagi yg perlu aku lalui..he3..menunggu dr hari ke sehari bilelah anak ini akan keluar..rase cam tak sabar sgt2, takot pun ade gak..

Berdebar2 jek rase bile mengenangkan ape yg akan dilalui dalam labor room nanti..ahaks…berdebar2 gak bile mengenangkan yang aku dah abang akan jadi ayah dan ibu..boleh kah kami menjadi ibubapa yg baik untuk anak ini..hu3..insyaallah….

Bile dah masuk 32minggu ni memang takleh disangkal lagi lah perut aku memang besar..hehehe….keras jek rase perot ni…baby gerak tersangatlah aktif sampai kekadang aku rase cam nak marah jek sbb sakit..kahhh… tapi nak wat camner..baby nak tunjuk kat ibu de dah lah wat gimnastik kat dalam perot..hahahha…

Hmmmmmm…sebut pasal gender baby ni..dah 3 kali aku scan gender, tapi tak nampak pun…hu3..sedihnyer..so kesimpulannyer aku tak tau lah baby girl atau boy..kelaur jelah mane2 satu pun..aku terima seadanya…yang penting, aku berdoa, anak ini sihat, sempurna, fasih lidahnya, terang akalnya dan di tetapkan dalam hatinya keimanan terhadap Allah dah RasulNya..amin…

Barang2 baby dah 98% siap dah.. bedding jek lom beli lagi..tunggu baby fair kat jusco, nak beli playpen atau babycot, bantal n tilam baby… hu3..memang banyak duit nak gune nak sambut newborn ni..baju sahaja aku rase dah hampir atau slightly more than rm200… tu lom lampin, bedung, barut, pampers newborn, botol, berus, barang2 mandi, alas getah, mittens, booties..uish macam2 r.. mau dah abis dekat rm700 sume skali…kahhh..takpe..demi anak tercinta…

Umah pun stakt ni dapat lah diupdate..he3..dari baru kawin dulu takde ape2..pastu pasang astro, beli DVD, beli peti ais, pastu masuk 1st yer kawin dah ade mesin basuh,sofa,laptop baru..ni nak dapat baby baru beli katil, meja makan, rak tv…hu3…takpe..kumpul dulu skit2..kalo nak beli sume skali kopaklah en.somi ku..he3…apepun.. aku bahagia ngan abang n kami tak sabar sgt2 nak sambut org baru alam family ini…

He3..abang b4 pi keje n balik keje sure akan cakap ngan baby dulu..soh baby jage ibu kat umah..he3..comel jek..pastu ske tangkap video baby wat ombak atau ngan senget2 dalam perot ibu..anak ibu ni paling ske bile ibu pasangkan die asmaulhusna…gerenti de gerak tak abis2…ske sgt…best jek..rase bahagia.

"Ya Allah, peliharalah anakku selama dia berada didalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu…Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu…

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal…Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam…Amin…"

Artikel ni didedicate oleh en.somi untuk saya…

February 8th, 2008 by lyana-um

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka. Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.

DOA SEORANG ISTERI

November 9th, 2007 by lyana-um

DOA SEORANG ISTERI..

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya pada Mu, Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….

Isteri yang disayangi suami

November 8th, 2007 by lyana-um

Kalau adalah seorang isteri mengatakan dia tidak mengharap kasih sayang dari suaminya, itu bermakna dia telah berbohong. Sebab, memang tidak ada seorang manusia pun yang tidak ingin dikasihi oleh orang lain kecuali orang gila.

Tapi sayang, suami isteri hari ini kebanyakannya renggang hati mereka, tipis kasih sayang mereka dan selalu bermasam muka. Malah perceraian menjadi perkara biasa. Ertinya ramai sekali wanita kita yang sedang menderita.

Kenapa isteri gagal menjadikan suami sangat menyintainya hingga tidak mahu berpisah dengannya?

Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh semua wanita hari ini. Mudah-mudahan jawapan ini dapat memberi jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam keamanan di dalam rumahtangga.

Mula-mula sekali tanya kenapa seorang lelaki sanggup berbelanja beratus malah beribu ringgit atau berjuta-juta Rupiah semata-mata untuk mendapatkan seorang isteri? tentu kerana untuk mengisi permintaan hati (fitrah)nya yang ingin kepada belaian dan penyerahan seorang wanita, layanan dan kemanjaan serta pengurusan dirinya oleh isteri dan lebih jauh dari itu untuk mendapatkan anak dan keriangan dalam rumahtangga. Semua itu adalah tuntutan semulajadi yang ada dalam diri semua lelaki dan tidak boleh tidak, wajib dipenuhi.

Kalau tuntutan itu tidak diisi, jadilah kekosongan dan kesunyian dalam ruang dada si suami itu. Kalau begitu tiadalah bermakna lagi rumahtangga, isteri dan anak-anak padanya. Suami tidak akan bahagia dan hatinya tidak akan tenang sekalipun rumahnya besar, wangnya bertimbun dan dililiti dengan segala kemewahan.

Untuk mengisi dan menunaikan kemahuan hati suami, para isteri perlu menjawab soalan ini;

1. Setiap masa ketika suami di rumah, adakah anda melayan keperluan dan kemahuannya serta memberi sepenuh perhatian dalam urusan itu?

2. Setiap kali ketika suami pulang ke rumah, adakah anda menantinya dan menyiapkan untuknya apa sahaja yang diperlukan?

3. Rumahtangga dan anak-anak, sudahkah anda jaga begitu teratur dan kemas hingga tiada satu sudut di dalamnya yang boleh mencacatkan hati suami bila memandangnya?

4. Sikap anda, percakapan anda, kasih sayang dan gerak-geri anda, adakah semuanya menampakkan pada suami bahawa anda benar-benar merelakan dan menyerahkan sepenuh ketaatan dan kesetiaan hanya padanya?

Kalaulah anda gagal untuk mengiakan semua pertanyan di atas, bermakna anda seorang isteri yang sedang atau telah gagal. Sesungguhnya tiada seorang suami pun di dunia ini yang suka hati kalau isteri tidak melayani kehendaknya. Tidak ada seorang suami pun yang suka hati bila didapati isteri tiada di rumah ketika dia keletihan pulang dari kerja.

Tidak akan terhibur hati suami kalau rumahtangga dan anak pinak berkecamuk, tidak terurus. Tidak akan bahagia suami yang berdepan dengan sikap dan cakap-cakap isteri yang tidak menumpukan sepenuh kasih sayang padanya. Bertambah-tambah tidak bahagia lagilah bagi seorang suami itu bila isterinya lebih menjaga kepentingan diri sendiri dari memenuhi kehendak dan kemahuan suami.

Dalam keadaan itu isteri mesti memuliakan suami dan memandang tinggi padanya, di samping merasakan diri sendiri “memerlukan” suami dan rela untuk berkhidmat serta taat sepenuhnya padanya. Pandangan dan sikap begini amat penting kerana darinya akan lahir sikap tolak ansur, kerjasama dan kasih sayang antara suami isteri.

Sebaliknya kalau isteri beranggapan suami setaraf dengannya, tiada keistimewaan apa-apa, tidak perlu dimulia dan dipandang tinggi, apalagi untuk diberi perkhidmatan dan ketaatan sepenuh masa. Maka itulah punca utama terjadinya ketegangan dalam rumahtangga.

Bila isteri mahu bertindak macam suami, terjadilah cerita dalam satu kapal mempunyai dua orang nakhoda. Saling tarik-menarik dan akhirnya pecah lalu karam. Adalah mustahil suami akan reka dia di “control” oleh isteri. Bukan hati lelaki namanya kalau suami meminta dia diarah dan diperintah oleh isteri.

Sedangkan perempuan hatinya kalau bersih dari nafsu, memang rela menyerahkan apa saja khidmat pada suami. Tanyalah hati masing-masing adakah suka berhias untuk suami? Tentu “ya” jawabnya. Maka begitulah dalam soal yang lain, hati perempuan memang rela untuk dia digunakan oleh suaminya.

Tiada pilihan lain bagi isteri untuk dapatkan kasih sayang suami dan kebahagiaan rumahtangga, kecuali meletakkan dirinya sebagai “hak” suami dan rela untuk berkhidmat pada bial-bila masa. Untuk itu, mungkin berbagai-bagai pengorbanan perlu dibuat misalnya:

Memasak sendiri di rumah, dengan masakan yang boleh memuaskan hati suami. Menjaga anak-anak dengan pendidikan yang sebaik-baiknya. Menjaga kesihatan diri, kemudaan dan kebersihan badan supaya sentiasa diminati suami. Membina akhlak yang mulia semoga dengannyalah suami akan terhibur dan terelak dari rasa marah dan tawar hati.

Pendek kata, isteri mempunyai peranan yang cukup besar dalam membina rumahtangga bahagia. Isteri yang bijak, berilmu dan tahu cara-cara membentuk kebahagiaan sahaja yang berjaya.

Perlu sangat diinsafi bahawa kasih sayang dan ketenangan hati suami isteri adalah kurniaan Allah swt. Ertinya, ia bukan bikinan manusia yang boleh dibuat-buat, direka dan dirancang-rancang. Sebab soal kasih sayang dan ketenangan adalah soal hati, yang bergerak dan hidup tanpa kawalan lahiriah dan kebendaan. Ia dikawal sendiri oleh Allah swt, secara ghaib dan menggunakan syarat-syarat yang Allah sendiri tentukan.

Jadi, untuk mencetuskan kasih sayang dan ketenangan rumahtangga, faktor-faktor hubungan dengan Allah adalah wajib diambil kira. Yakni dengan beriman, beramal dengan syariat Islam serta membanyakkan ingatan (zikir) kepada Allah swt. Suami isteri yang membelakangkan Allah swt adalah pasangan yang sukar untuk memperolehi ketenangan dan kasih sayang.

Hati mereka berpecah, kepercayaan antara satu sama lain hilang dan rasa persefahaman kian luput hari demi hari. Walaupun usaha-usaha lahir yang mungkin sudah cukup dilakukan untuk membina kebahagiaan tetapi selagi hati masih kosong dari mengingati Allah, cuai menjalankan perintah-perintah Allah maka selama itu kasih sayang tidak tumbuh dalam erti kata yang sebenarnya. Sebab kasih sayang adalah pemberian Allah, dimasukkan ke dalam hati suami isteri yang benar-benar taat dan patuh padanya.

Barangkali sukar untuk diakui hakikat ini memandangkan realiti kehidupan rumahtangga yang berbagai-bagai dan tidak terikat pada kenyataan di atas. Orang kafir yang tidak percayakan Allah itu kekal rumahtangganya. Orang Islam yang tidak sembahyang pun ada yang berbahagia nampaknya. Sementelahan rumahtangga ahli agama pun kadang-kadang berkecai. Jadi apa bukti bahawa punca ketenangan dan kasih sayang ialah ketaatan kepada Allah?

Sebenarnya, untuk mengukur benar tidaknya sesuatu kenyataan itu tidaklah boleh hanya menggunakan satu kaedah saja. Sebab Allah swt telah mentakdirkan sesuatu, bukan dengan satu maksud sahaja. Setengah orang kafir beroleh bahagia di dunia kerana Allah mahu merasakan nikmat yang tidak mungkin mereka dapat di akhirat. Orang Islam yang tidak sembahyang dan tidak fikir halal dan haram nampak bahagia juga. Ini adalah kemurkaan Allah sudah tertimpa ke atas mereka dan dengan nikmat itu Allah mahu melalaikan mereka terus menerus hingga mati betul-betul dalam dosa dan terus ke neraka. Manakala ahli agama kadang-kadang pecah rumahtangga mereka, Allah bermaksud menguji dan mahumenghapus dosa-dosa mereka.

Maka saya tegaskan sekali lagi, bahawa sumber kasih sayang yang abadi ialah ketaatan kepada Allah oleh suami dan isteri serta anak-anak mereka. Perceraian yang menjadi-jadi dewasa kini adalah berpunca dari tidak taatnya pasangan suami isteri kepada Allah swt. Allah jadikan hati mereka berpecah belah hingga mereka takut pada perceraian tetapi mereka tidak dapat lari darinya. Biarpun rumah besar, harta banyak, kesihatan sempurna dan dunia serba lengkap meliputi mereka, tapi kalau hati berpecah, semua itu tidak boleh mengikat suami isteri itu lagi.

Mahu tidak mahu mereka kenalah mengadap Allah swt. Mengaku taat setia padanya dengan tawadhuk. Memohon ketenangan dan kasih sayang untuk hati mereka..

My Baby Is a Girl…!!!

November 5th, 2007 by lyana-um

he3..hari ni hari yg sgt memenatkan…pagi2 buta dah bgn sbb abg sakit gigi..than siap2 nak pi klinik sbb hari ni appmt 4 scan… kol 7.30 sampai klinik, kol 9 baru pi kelana jaya (vision college) nak pi scan.. scan punyelah lame..hu3…2 jam tu.. (yelah deal with trainee memang r..agaknye amoi tu tak study malam tadi kot…he3…) ..penat sgt (even aku baring jek)..sampai tertido2…ha3…mula2 excited r sbb baby gerak kan…lambai2 tgn r, tendang perot ibu lah..he3…pastu lame2 bile amoi tu sibuk2 wat measurement, aku dah bosan..skali supervisor amoi tu dgt cakap ape yg amoi tu ukur salah lah pulak..kene r repeat lagi.. hu3..tension betol..aku kene jadi bahan ujikaji pulak..anyway, alhamdulillah baby sihat, aktif, dan sempurna sifatnya… dan nampak gender baby.. our baby is a girl…he3…tapi kalo nak sure kan lagi, nanti nak wat scan 3D, so leh r nampak clear skit..he3…tapi tu nanti bile dah 7 month..he3…

Ye…yee..baby ibu dah gerak…

November 2nd, 2007 by lyana-um

Alhamdulillah..akhirnya..skrg baru confirm baby gerakk…he3… kemarin ngah tgk tv, ngah gelak2, tetibe baby gerak… abg pun leh rase…semalam pun gerak gak..pagi tadi aktif sgt gerak..abg terbangun tido sbb aku letak tangan abg kat perot mase baby gerak..trus menjerit abg bangun tido..excited anak die dah gerak dalam perot ibu…he3…syok jek rase…but still lom nampak r bonjol2 kaki atau tangan atau siku..baby still kecik lagi…ade lah dalam 20-21cm (beso gak kan)..he3….5hb nov ni nak pi scan lagi…kalo ade rezeki leh r nampak gender..he3..kalo tak pun takpe…yang penting ibu dah tak sabo nak tgk lagi ape yang anak ibu ni buat dalam perot ibu… he3…sbb mase 1st scan dulu, baby ngan isap jari pastu mengeliat…he3…

Aku, perkahwinan dan kawan2…

October 28th, 2007 by lyana-um

Collage

Pada 5 Dec 06 aku telah ditunangkan dengan seorang lelaki yang telah membuka mata aku pada dunia realiti ini..he3…dan pada 24 Dec 06 kami telah selamat dinikahkan di kampung aku… akhirnya cita2 aku sejak dari sekolah untuk kawin semasa tahun akhir di universiti tercapai jua…(walaupun teradvance..he3..)

Selepas berkahwin ni, soalan yang paling kerap ditanya adalah "best tak kawin"..he3,…tak tau camner nak jawab kan kawan2 aku ni… Tapi pada pandangan aku, kawin ni, selain menghalalkan apa yang haram bagi seorang gadis dan teruna, sebenarnya ada nikmat alam rumahtangga yang tersembunyi di dalamnya…

Dalam rumahtangga ni, bukan sekadar nafkah zahir dan batin perlu dipenuhi, malah, tanggungjawab dan kasih sayang tak boleh diabaikan… Untuk membentuk rumahtangga yang harmoni dan aman, suami isteri perlulah saling memahami, hormat menghormati, sayang menyayangi. Panggilan dan nada suara pada suami pun perlu kene jaga… Isteri hormat pada suami dan begitu juga suami hormat pada isteri..kalau ada salah faham dalam rumahtangga tu biasa lah…sedangkan lidah lagi tergigit..he3…pun begitu..bukan aku cakap senang nak berumah tangga ni..he3…nak kawin kene ade persediaan mental dan fizikal..

Perkara yang paling seronok bila jadi isteri ni kan, bila suami makan makanan yang isteri masak dengan seleranya dan menghargai apa yang isteri telah lakukan.. best sangat…aku pun suka masak untuk abang…dan abang pun tak malu bawak bekal makanan yang aku masak ke tempat kerja..he3…bak kate org2 tua, ikat suami melalui perutnya…tak rugi arwah mak aku ajar aku ngan adik aku masak dari kecik…he3…

mmmmmm….lagi satu yang kawan2 aku slalu tanya bila dah kawin ni, antara soalan yang fames, "bile nak dapat baby"..he3… Mula2 tu aku nak merancang family juga lah..sbb aku kan belajar lagi..so rase nak habiskan study dulu baru pikir pasal anak..tapi…bile dah 2-3 kawin tu, rase cam takleh tahan jek tengok baby2…he3…rase cam nak cepat2 dapat baby sendiri…dan akhirnya, Alhamdulillah..pregnant juga aku akhirnya selepas beberapa bulan menunggu…sekarang, kandungan aku dah nak masuk 18 minggu a.k.a 4 bulan++… mudah-mudahan aku selamat melahirkan bayi yang sihat…amin…aku tak kisah sgt baby girl atau boy..tapi suamiku rasa baby boy..terserah lah…aku terima anugerah Allah ni…

Aidilfitri pertama sebagai seorang isteri…

October 20th, 2007 by lyana-um

Alhamdulillah..tahun ni kami sambut Aidilfitri dengan meriahnya..walaupun banyak halangan semasa nak balik raya…akhirnya kami jejakkan kaki juga di jB… hari raya pertama memang seronok sgt..suamiku tercinta pun seronok gak..dapat amik gamba satu family…ayah aku dapat amik gamba ngan menantu sulongnya…he3…aku pun amik kesempatan berposing cam gasing ngan suamiku di pagi raya…he3…nanti dah cuci n scan gambanyer aku letak kat frenster…

mudah2an..selamatlah aku melahirkan baby tahun depan…so maknanya tahun beraya ngan baby lah…he3..bestnyer..tak sabo rasenyer.. seminggu b4 raya aku dan abg pi scan kat klinik kat tempat aku slalu pi tu..gara2 tak sabo nak tgk baby…my little tiny baby dan ade jari2 yang comel…dan mase scan tu, ngan isap jari…he3…pastu tetibe jek baby mengeliat..comel sgt2…tapi still develope…esok genaplah kandunganku 17 minggu…kire dah 4 bulan++…perot pun dah makin nampak… kekadang rase gak something knocking..tapi tak sure baby or angin jek..ni namenyer "quickening"…sbb baby still kecik lagi kan…mayb 6 bulan nanti dah leh rase baby kicking…he3..

lagi mase pas raya balik kl tu, ayah ngan ibu aku dah bekalkan sebakul baju baby, lampin, bedung, topi dan macam2 lagi lah..he3..maklumlah tahun depan nak jadi atok ngan nenek kan..so can excited skit lah…aku pun same actually..tapi org kate dah 7 bulan baru leh beli..so aku sabokanlah hati..he3…mudah2 slamtlah kandunganku..amin…

Ramadhan pertama seagai seorang isteri…

September 11th, 2007 by lyana-um

Assalamualaikum semua…Esok kita akan menyambut bulan Ramadhan…Aku nak minta ampun dan maaf pada semua yang mengenali diri ini..jika ada tersalah kata atau terguris hari, ampunkanlah diri ini…

Ramadhan tahun ni sangat bermakna bagi aku..sbb ni tahun pertama berpuasa sebagai seorang isteri..tak sabar nak pegi solat tarawih malam ni bersama suami tersayang…

Tahun ni isyaallah aku akan puasa penuh..mudah2an lah… aku cume berharap, morning sickness aku tak teruk..dan baby aku cukup kuat untuk sama2 berpuasa..so aku boleh puasa…Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini..amin…..

Aku berazam untuk khatam Quran bulan puasa ni…Unutk aku dan baby jugak..he3…dan nak ajar suami aku bace Quran…skrg ni baru belajar mengenal huruf..insyaallah Allah akan terangkan hati abg supaya mudah belajar…